aku sebenarnya rindu
15 May 2016
12:23 PM
0 COMMENTS


Langit mula sunyi
Awan hitam mula hilang
Bintang kembali berpaut 
Bulan kembali beraksi
Cerahan bulan kelipan bintang mula menyinar di langit hitam 

Angin mula meniup sayu
Perlahan lahan menyapa aku di tengah sini
Menyaksi setiap perubahan langit bintang sama bulan

Angin menyapa
Sampai renjatan tulang ini geletar
Dingin , nyaman , sayu , syahdu sama pilu
Fikiran mula mengelamun
Entah sudah di mana perginya roh aku sedangkan jasad masih berdiri

Tunduk
Mahu teriak , mahu menumbuk , mahu melempar , mahu menyepak
Ahhhhhhhhhhhhhhhh
Kenapa
Langit mula gelap
Bintang mula hilang , bulan ikut sama pergi

Langit tadi teriak lagi
Langit tadi menjerit lagi
Kilat berlawan bagai irama di langit
Berdentum berdentam 

Tunduk 
Rebah lutut ini di tanah basah ini
Langit yang tadi teriak mula menangis
Langit yang tad menjerit terdiam kembali
Kilat yang berlawan tadi sudah hilang kembali

Tunduk
Rebah lutut terjah ke tanah
Terasa bagai air jantan ku mengalir

Aku menangis

Aku menangis
Langit menangis

Malam itu
Tanah kamarku
Air jantanku menjalir 
Deras 
Melepaskan segala beban 
Melepaskan segala keringat
Melepaskan segala keluh kesah
Melepaskan segala rindu gundah

Oh perempuan yang bernama isteri
Teriakku mengatakan rindu
Tanah malam itu jad kamarku
Hujan malam itu jadi temanku

Aku
Sebenarnya
Rindu
OLDER POST | NEWER POST



just need to click "go" once



//follow //follow //follow //xoxo



credits:

'Nightclubbing' was handcoded by lithium and colours can be found on the color-hex site.









adlinamansor
29 november 1994
Bachelor in ISE

SHAZLIZAHARI


TWITTER FACEBOOK TUMBLR