Perempuan yang bernama isteri.
18 May 2016
12:32 PM
0 COMMENTS


Perempua yang bernama cinta
Di hiasi bintang syurga di kamar hati
Menyinar di balik hati yang sunyi

Perempuan yang bernama isteri
Namanya saja buatkan aku layu bagai pepohon syahdu
Indahnya nama bagai paras rupanya
Indahnya bahasa sama perwatakanya

Bagai awan itu terbentang luas
Seperti mana bintang itu berkelipan
Itu juga aku pada kamu mencintai kamu

Perempuan yang bernama isteri
Mencinta kamu bagai tadahan hujan
Sentiasa penuh tiada kurangnya
Tiada kurang ada lebihnya

Kasihku
Di limpahi ombak ombak rindu
Di saluti balutan balutan syahdu
Asyik 
Tak mampu di rungkai dengan kata hati

Sayangku wahai bakal isteri
Jangan lah gundah sama pergaduhan nanti
Jangan lah takut sama perpisahan nanti
Kerna kita sememangnya berpisah nanti atas nama 'mati'

Kasihku
Andai nanti jodoh itu tiada lagi
Bersabar lah
Yakinkan lah yang aku akan kembali
Menyemai benih benih cinta lagi

Lemparan akhir dalam piung cerita ini
Yang aku mahu kau tahu
Aku sentiasa sayang
Taakan pernah hilang
Sentiasa menanti untuk bercerita tentang kenangan kita lagi
Kasihku



OLDER POST | NEWER POST



just need to click "go" once



//follow //follow //follow //xoxo



credits:

'Nightclubbing' was handcoded by lithium and colours can be found on the color-hex site.









adlinamansor
29 november 1994
Bachelor in ISE

SHAZLIZAHARI


TWITTER FACEBOOK TUMBLR